Taman Alam Kinta
Ke Menu Tapak Biodiversiti
Taman Alam Kinta merupakan kawasan konservasi burung air yang terletak berhampiran Kampar. Tapak ini pada asalnya merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang telah melalui proses pemulihan semulajadi dan kini menjadi ekosistem baharu yang kaya dengan biodiversiti. Ia menempatkan pelbagai spesies burung air tempatan dan migrasi, menjadikannya destinasi utama untuk pemerhati burung dan penyelidik. Kawasan ini diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) dan berperanan penting dalam usaha pemuliharaan habitat semulajadi. Selain...